Friday, December 16, 2011

Impian Fulham berkecai


ANTOINE KOMBOUARE

LONDON - Fulham gagal melayakkan diri ke peringkat kalah mati dalam saingan Liga Europa selepas seri 2-2 dengan Odense Boldklub pada awal pagi semalam.
Penyerang Senegal, Baye Djiby Fall memusnahkan impian kelab Liga Perdana England itu apabila menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua.
Keputusan seri tersebut memberi peluang kepada Wisla Krakow untuk mengekori Twente Enschede ke kelompok 32 pasukan terakhir dalam Kumpulan K.
Pengurus Fulham, Martin Jol berkata, mereka gagal untuk mempertahankan pintu gol pasukan itu daripada dibolosi pemain Odense.
"Saya sangat kecewa. Kami telah cuba mempertahankan gawang daripada dibolosi dan cuba untuk kekal mendahului perlawanan itu.
"Di akhir perlawanan, kami meletakkan dua pemain muda di posisi penyerang tetapi mereka mensia-siakan peluang.
"Kesilapan benteng pertahanan yang tidak disusun dengan betul telah menyebabkan Odense berjaya mencari gol pertama hasil satu sepakan percuma," kata Jol.
Fulham menguasai permainan pada babak pertama selepas memperoleh gol menerusi Clint Dempsey dan Kerim Frei masing-masing pada minit ke- 26 dan 30.
Begitupun, Hans Henrik Andreasen berjaya merapatkan jurang hasil kelam-kabut dalam kotak penalti.
Jol berkata, pada separuh masa kedua, Fulham tidak mampu untuk menguasai permainan seperti mana yang dilakukan pada babak pertama.
"Kami tidak mampu mengekalkan corak perlawanan seperti separuh masa pertama. Mereka cuba untuk mengekalkan kedudukan dan cuba mencari peluang jaringan.
"Segalanya sangat baik ketika kami mendahului dengan dua gol tetapi bolos dua gol di tempat sendiri selepas menguasai permainan adalah sangat mengecewakan." - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...