Skip to main content

Pelakon tak mengaku ambil ganja





PETALING JAYA – Pelakon komedi, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil ganja di sebuah apartmen tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Saiful Apek (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengambil dadah berbahaya iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 itu dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis, jika sabit kesalahan.
Turut didakwa atas tuduhan sama ialah tiga rakan Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, termasuk seorang wanita, Noremy Mohamad, 28.
Kesemua mereka turut mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah kemudian membenarkan empat tertuduh tersebut diikat jamin masing-masing RM2,500 dengan seorang penjamin.
Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Disember depan.
Ketiga-tiga tertuduh itu membayar wang jaminan itu.
Dalam prosiding sama, seorang lagi rakan artis itu, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan berkaitan dengan dadah.
Mengikut pertuduhan pertama, Shafarul didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.09 gram di rumah bernombor 306, Blok C, Sunway Court Apartmen, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam 12 Jun tahun lalu.
Post a Comment

Popular posts from this blog

BC NG TRADING (MESIN & ALATAN JAHITAN)

Kami menjual pelbagai alatan/ perkakasan jahitan dan aksesori pakaian berjenama import seperti manik dan labuci, benang, butang, zip dan gunting, batu kristal hiasan, kun dan satin, getah pinggang, jarum, pengukur pakaian dan lain-lain.

Didatangkan dengan pelbagai warna dan corak. Pelanggan akan gembira kerana kedai kami seperti "one stop center" bagi alatan jahitan. Semua Ada di sini!

Kedai kami juga menjual pelbagai produk/ barangan elektrik seperti mesih jahitan berjenama dan juga kipas angin untuk kegunaan rumah serta pejabat.

Pada masa yang sama kami juga menyediakan perkhidmatan membaiki mesin2 jahitan yang telah rosak.

Datanglah ke kedai kami di Taman Desa Duyung, Melaka!


Lokasi : BC NG TRADING, NO. 2 JLN DESA DUYUNG 11, TAMAN DESA DUYUNG, 75460  MELAKA.

MR. JASON NG TEL: 06-267 1006 H/P: 012-628 9002


MORE PHOTOS....
PAPAN IKLAN!



Kami menjual pelbagai alatan/ perkakasan jahitan dan aksesori pakaian berjenama import seperti manik dan labuci, benang, butang, zip dan gunting, batu …

Info Melaka! Bulan madu di padang hijau

KOLAM renang mini sesuai kepada mereka yang inginkan lingkungan privasi.
D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour kukuh mengekalkan tradisi budaya tanah yang pernah ditakluk armada perang Portugis.
Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, sebanyak 193 penginapan mewah yang didirikan di atas tanah seluas 520 hektar di situ sesuai benar menjadi pilihan pasangan yang enak dibuai cinta. Apatah lagi kesemua pilihan memiliki katalog berbeza sama ada dari segi dekorasi dalaman mahupun luaran. Namun begitu, pengunjung berkeluarga yang inginkan keselesaan termasuk kolam renang peribadi, mereka boleh memilih rangkaian vila D’ Amour yang mempunyai tiga buah bilik. Jika mahukan lebih ruang untuk melakukan aktiviti, vila D’ Faro dan D’ Lagos tentulah lebih sesuai. Berbalik kepada vila bulan madu yang hanya terhad buat enam pasangan pada satu-satu masa, keistimewaannya memang di luar jangkaan.


KATIL dengan kelambu dan cadar rona putih ini pasti meninggalkan kenangan indah buat pasangan yang beradu.
Pakej Melangkah ma…

EKO TRADING

Eko Trading adalah sebuah kedai menjual dan membekal peralatan tulis, mesin photostat dan percetakan. Terletak berhampiran dengan universiti tempatan Melaka seperti MMU dan UNITEM dan juga kawasan industri serta MITC, mudah bagi pelanggan berkunjung.
Selain daripada menjual alatan tulis, Eko Trading juga menyediakan perkhidmatan berikut:-
1) DIGITAL PRINT 5 CENTS 2) DIGITAL PLAN PRINTING 80 CENTS/ EACH 3) COLOUR PHOTOSTATE & PRINT 4) PASSPORT PHOTO & STUDIO PHOTO 5) NAME CARDS, FAX SERVICE, WEDDING CARD, DIGITAL COLOR PRINT (PLAN) 6) POSTER PRINT, BINDING, LAMINATE, HARD COVER
NEW!!!!!!!! PRINT PHOTO FROM YOUR MOBILE PHONE!!

PHOTOSTATE MACHINE RENTAL
1) RICOH (BLACK& WHITE) - $80/ MONTH/ 2 CENTS/PIECE 2) CANON (BLACK & WHITE) - FREE RENTAL!! BIG CAPACITY MIN 10,000 PCS/ MONTH 3) KONICA MINOLTA BIZHUB C450 (COLOUR) - FREE RENTAL/ MIN 1,000 PCS/ MONTH

PHOTOSTATE FOR SALES
KONICA MINOLTA BIZHUB C450 (COLOUR), PRICE $9,500 (DISCOUNT 20%)

Lokasi :  EKO TRADING               No 21, Jalan TU …