Wednesday, November 30, 2011

Pauziah si tukang kayu - Ketuk, cat, gergaji kayu masa pantang




PENULIS dan jurufoto, Azalezah Malek terkesima seketika. Di sebalik hutan belukar di Kampung Baru, Salong, Pekan, Pahang terdapat sebuah rumah papan usang yang dipenuhi kayu-kayan. Di situ, sepasang suami-isteri sedang bertungkus-lumus mengetuk dan menggergaji kayu.
Dari kejauhan, Ahmad Najib Mohd. Don, 60 dan Pauziyah Abdullah, 53, berbual kosong dengan penuh tertib. Kedua-duanya seolah-olah sedang memperkatakan tentang kehadiran kami di 'wilayah' mereka.
"Terima kasih kerana sudi datang ke bengkel kami. Perusahaan perabot dan barang perhiasan daripada kayu pain kami usahakan secara kecil-kecilan saja," kata Pauziyah segera meninggalkan pengetuk dan paku tatkala salam dihulurkan.
Ahmad Najib pula menghentikan mesin yang bunyinya ditelan dek siulan mergastua dan gemersik pepohon di hutan belukar itu.
Lambakan kayu pain boleh dilihat merata-rata. Suasana cukup sunyi sehingga jam yang sedang berdetik jelas pada pendengaran. Tiada radio untuk menemani kerancakan mereka bekerja. Hanya secangkir kopi dan biskut keras di sisi Pauziyah ketika itu.
Kata suami isteri ini, perusahaan membuat perabot menggunakan material kayu pain bermula sejak tahun 1990.
Sejak itu, tanggungjawab, posisi dan karakter Pauziyah mengalami transisi yang sangat drastik. Daripada seorang suri rumah, wanita cekal itu bergelar seorang tukang kayu.
Bagaimanakah pintu hatinya boleh terbuka melakukan tugas seperti buruh kasar? Tidakkah dia malu mengerjakan pekerjaan yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki? Di manakah dia mengumpul segenap tenaga untuk melaksanakan kerja-kerja berat itu?
Mendengarnya, Pauziyah seperti sudah siap siaga dengan jawapan. Dengan peluh merecik di wajah, anak kelahiran Pahang ini berkata: "Sudah menjadi tanggungjawab isteri membantu suami, masa dalam berpantang pun saya masih bekerja, mengetuk, mengecat dan menggergaji."
Frasa yang lahir dari lohong hatinya itu membuatkan penulis dapat merasai keikhlasan dan pengorbanan tulusnya untuk keluarganya.
Pendidikan

GAGAH. Pauziyah menggunakan seluruh kudratnya mengalihkan papan sebelum melakukan kerja-kerja pemotongan kayu.


Garis halus di tapak tangan wanita ini juga sudah tidak kelihatan dan kelembutannya juga sudah hilang. Namun, dia tidak kisah.
Bagi Pauziyah, seberat mana pun kerja yang dilakukan, janji ia membuahkan rezeki yang halal demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Ini rezeki kurniaan Allah yang maha hebat kepada kami. Duit inilah digunakan untuk membesar dan memberi pendidikan yang terbaik kepada empat anak saya," kata Pauziyah yang sarat dengan sifat keibuan.
Beritahu wanita ini, sepanjang 21 tahun mengusahakan produk industri kecil dan sederhana (IKS), dia dan suaminya tidak pernah bercuti. Mereka akan mula bekerja seusai solat Subuh dan akan meninggalkan bengkel sebelum langit bertukar gelap.
Kalau diikutkan hati kata Pauziyah, mereka mahu lanjutkan kerja hingga lewat malam.
"Tapi selepas kami dikejutkan dengan ngauman harimau di sebalik hutan belukar itu beberapa tahun lalu, kami batalkan niat itu," ceritanya.
Sepanjang wawancara berlangsung, mereka menjawab pertanyaan kami tanpa meninggalkan gergaji dan pengetuk di tangan.
Pauziyah mengetuk paku pada sebuah bekas pasu tanpa ragu-ragu. Jari jemarinya yang lincah menukang menampakkan sisi profesionalnya sebagai tukang kayu. Wajahnya yang putih kuning menjadi sedikit merah padam tatkala menahan mata daripada dimasuki habuk.
Dia juga sedikit tidak menghiraukan bahang kepanasan yang membuatkan peluh membasahi seluruh tubuh badannya. Ketika sepasang suami isteri ini memerah kudrat, anak ketiga mereka, Nasyitah, 26, tampil lalu membutirkan kata-kata.
"Parut dan lebam memang dah jadi 'makanan' mak, mak pernah tertusuk kayu sebesar duit 50 sen masa memotong kayu dulu. Paku juga pernah singgah di pahanya, tapi baginya macam tak de apa-apa saja," adu anak gadis muda itu. Pauziyah hanya mengangguk-angguk sambil mengerutkan dahi.

DI RUMAH usang yang ditransisikan menjadi bengkel merupakan lokasi Pauziyah bersama suaminya, Mohd. Najib menghasilkan perabot berasaskan kayu pain.


Si suami yang berkulit sawo matang dan berjambang putih pula lantas menyambung dengan nada seloroh : "Isteri saya adalah geng tukang saya, kalau dia cabut, habislah saya, susah mahu cari pekerja, gaji boleh bagi tapi ramai yang tak mahu."
Menyentuh soal pekerja, Ahmad Najib memberitahu, dia tidak mempunyai pekerja selain isteri dan dua anaknya, Nasyitah, 26 dan Fadzillah, 28.
Persekitaran yang berdebu memungkinkan jangkitan penyakit. Namun akui Pauziyah mahupun Ahmad Najib, mereka jarang jatuh sakit.
Penulis dan jurufoto mencuri sedikit masa terluang untuk menggali tentang perusahaan kayu pain yang diusahakan oleh Ahmad Najib dan Pauziyah ini.
Revolusi kayu pain
Ahmad Najib yang sebelum ini menjalankan bisnes rotan berkata, semua itu berlaku sejurus selepas cukai untuk rotan naik mendadak.
Justeru, dia dan isterinya terfikir mengapa tidak merevolusikan kayu pain menjadi barangan yang berguna seperti perabot dan barangan perhiasan.
"Biasanya kayu pain orang anggap tak berguna dan akan buang begitu saja. Namun, kami melihat potensi kayu ini dan ramai tak tahu bahawa ia bagus.
"Kayu ini sebenarnya berkualiti berbanding dengan kayu lain, urat kayunya juga lebih menarik," katanya yang mendapat bekalan dari sebuah syarikat di Peramu, Pekan dan mempunyai pengalaman menukang selama 35 tahun.
Syarikat mereka yang diberi nama Perniagaan Kayu Muhibbah akan memesan kayu pain yang sudah siap dipotong dua minggu atau tiga bulan sekali.
Meskipun tidak berpelajaran tinggi, kreativiti dua insan ini begitu terserlah. Mereka berdua bertanggungjawab mereka pelbagai kelengkapan seperti rehal, pasu, peti, almari, penyidai baju, penyangkut kunci, meja dan banyak lagi.

PAUZIYAH berharap bisnesnya mampu membuka mata banyak pihak tentang keistimewaan kayu pain dalam penghasilan perabot yang berkualiti.


"Alhamdulillah, idea untuk menghasilkan barangan baharu sentiasa ada tapi seperti yang awak lihat, kita kekurangan peralatan yang canggih dan tenaga kerja," katanya.
Pendapatan mereka bergantung kepada permintaan pelanggan. Namun, ada ketikanya jika produk dibawa ke pameran-pameran tertentu, mereka boleh memperoleh sekitar RM4,000.
Kedua-dua mereka punya harapan besar untuk menakluk pasaran terutamanya di Lembah Klang jika ruang yang sepatutnya diberikan.
Sambil matanya singgah pada satu objek, Pauziyah berkata: "Kami bersedia untuk berkongsi kemahiran kepada mereka yang berminat dan selagi Allah mengurniakan kekuatan, saya akan meneruskan kerja sebagai tukang kayu walau ia nampak ganjil pada mata masyarakat."

Kembara lasak Henry Golding



HENRY GOLDING juga diberi peluang 'terbang' dalam salah satu episod Without Boundries: The Great Outdoors.


SELEPAS mengemudi program pengembaraan Without Boundaries: Islands and Beaches, pengacara Henry Gloding kembali lagi untuk musim kedua dengan program Without Boundaries: The Great Outdoors yang akan mula ditayangkan di 8TV pada pukul 9.30 malam, bermula 7 Disember depan.
Program sebanyak 10 episod itu akan menampilkan pelbagai lokasi menarik untuk melakukan aktiviti lasak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jika musim pertamanya tertumpu kepada pulau dan pantai untuk musim kedua pula ia lebih tertumpu kepada gunung, hutan, gua dan haiwan.
Menurut Henry, melalui program itu juga, penonton dapat akan dibawa meninjau Miri dan Betong, Sarawak yang merupakan kampung halamannya. Jejaka berusia 24 tahun yang berdarah Inggeris dan Iban itu, mengakui seronok kerana dapat bertemu dengan datuk neneknya serta saudara-maranya di sana.
“Memang cukup seronok menjadi pengacara program ini, selain saya dapat merasai sendiri pengalaman melakukan pelbagai aktiviti lasak, saya juga dapat mempertemukan penonton dengan keluarga saya di Sarawak,” katanya yang boleh berbahasa Iban.
Selain Sarawak, program ini turut menampilkan aktiviti seperti pendakian di Gunung Tahan dan juga Gunung Kinabalu, Sabah, memancing di Tasik Kenyir, Perak, latihan juruterbang di Subang dan paragliding di Bukit Jugra, Selangor, permainan sukan air White Water Rafting di Slim River, Perak, melihat gajah di Kuala Gandah, Pahang, serta aktiviti lasak di Hutan Belum.
“Melalui program ini, diri saya lebih dekat dengan alam semula jadi, saya mahu penonton yang menontonnya akan mendapat idea untuk mencuba aktiviti lasak terutamanya untuk orang yang belum pernah mencuba sebarang aktiviti yang dipertontonkan.
“Walaupun letih kerana melakukan penggambaran tanpa henti tetapi disebabkan saya seorang yang suka mencuba perkara baharu, program ini benar-benar dekat dengan jiwa saya,” ujarnya yang cukup sinonim dengan pelbagai program pengembaraan dan pelancongan.
Sempat berkongsi pengalamannya, Henry berkata pengalaman baharu serta paling sukar buatnya adalah ketika mendaki Gunung Tahan bersama krew penggambaran sehingga ke puncak.

HENRY teruja bersama pakar paragliding sewaktu mencuba aktiviti lasak tersebut di Bukit Jugra, Selangor.


“Bagi saya pengalaman pendakian naik hingga ke puncak Gunung Tahan paling seronok dan sukar pernah saya alami sepanjang hidup. Mendaki tanpa henti dalam cuaca sejuk selama lima hari untuk berada di ketinggian 2,185 meter memang mencabar fizikal diri saya.
“Selain itu, lokasi paling diingati adalah Kuala Gandah. Saya tidak pernah naik atas gajah dan melihat sendiri kehidupan mereka. Jadi, pengalaman melihat sendiri bagaimana proses pemuliharaan gajah dilakukan di sana sungguh menyentuh hati kerana pada saya gajah merupakan haiwan yang sungguh menakjubkan,” ujarnya yang juga merupakan duta kamera jenama Canon di Malaysia.
Henry yang turut mengacarakan program Welcome To The Rail World dan Now Everybody Can Fly To New Zealand itu mengakui secara peribadi dia seorang yang suka menggembara dan bertuah kerana kerja dia dapat melawati pelbagai lokasi menarik di dunia.
“Memang program pelancongan dan pengembaraan sinonim dengan saya kerana saya seorang yang suka melancong. Apabila dapat berkongsi pengalaman menarik saya bersama orang lain merupakan satu kepuasan buat saya. Disebabkan itu, saya berterusan mengacarakan program pengembaraan dan pelancongan.
“Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pengacara program seperti itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Kalau boleh saya teringin untuk terlibat dengan program yang menjelajah lokasi menarik di seluruh Asia Tenggara,” jelasnya yang suka melawat Tokyo, Jepun.
Tidak sahaja terikat dengan pengacaraan, kata Henry dia juga jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi disebabkan jadualnya terikat dengan penggambaran program televisyen tanpa henti, dunia lakonan diketepikan buat sementara waktu.
“Mungkin tahun depan saya akan aktif berlakon pula kerana saya memang suka berlakon. Meskipun kedua-duanya ditayangkan di televisyen, lakonan dan pengacaraan merupakan dua perkara yang amat berbeza. Tetapi saya akan terus belajar dan mencuba sesuatu yang baharu, saya bersyukur kerana diterima penonton sehingga ke hari ini,” katanya yang sudah tiga tahun menjadi pengacara.
Pengarah dan penerbit program Without Boundries: The Great Outdoors, Ahmad Khairi Zulkifli memberitahu kepetahan dan personaliti bersahaja Henry merupakan daya penarik dalam program itu.

AKTIVITI 'bermesra' dengan gajah turut menjadi salah satu aktiviti Henry dalam program Without Boundries The Great Outdoors.


“Walaupun dia baharu berusia 24 tahun, dia bijak menyusun skripnya sendiri kerana kami hanya memberi point-point penting kepadanya, selebihnya terpulang kepadanya untuk mencorakkan skrip program mengikut caranya sendiri,” ujar Ahmad Khairi.
Tambah Ahmad Khairi lagi, meskipun bajet untuk program ini terhad tetapi itu tidak menghalangnya dan krew produksi memberi yang terbaik buat penonton.

Tukang urut asing diselamatkan

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Penderitaan 13 mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi pelayan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan di sini sejak tiga bulan lalu berakhir apabila kesemuanya dapat diselamatkan baru-baru ini.
Wanita warga asing yang merupakan empat rakyat China dan sembilan warga Vietnam berusia lingkungan 20 dan 30-an itu diselamatkan pada pukul 12.30 tengah malam pada 18 November lalu oleh sepasukan polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Difahamkan, kesemua wanita yang masuk ke negeri ini menggunakan pas lawatan sosial itu dipaksa bekerja di kelab tersebut oleh sindiket tertentu.
Bagaimanapun, polis masih belum mendapat maklumat penuh mengenai mereka kerana mangsa masih trauma dan enggan membuka mulut.
“Kesemua mereka tinggal tidak jauh dari pusat hiburan terbabit dan ada individu yang menjemput ke tempat kerja dan menghantar mereka pulang,” kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

UMNO mesti menang pilihan raya


NAJIB melambai ke arah perwakilan sebelum menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan seluruh peringkat kepimpinan dan ahli parti UMNO supaya tidak sesekali mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling getir dalam sejarah parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil) berkata, Najib dalam Taklimat Presiden secara tertutup semalam menyeru seluruh kepimpinan parti agar bekerja lebih kuat dengan semangat luar biasa bagi memastikan UMNO mencapai kemenangan selesa pada PRU akan datang.
Beliau menegaskan, Najib yang juga Perdana Menteri menekankan agar rasa kasih sayang dalam kalangan pemimpin dan ahli dipererat supaya tidak timbul lagi masalah sabotaj dan tikam belakang semasa pilihan raya.
"Presiden mengingatkan bahawa cabaran PRU-13 kali ini cukup luar biasa dan mahu perpaduan diberi keutamaan.
"Beliau juga memberi penekanan tentang penyelesaian masalah dalaman jika masih ada, walaupun ia bukan masalah terbesar.
"Para perwakilan juga diingatkan agar memberi tumpuan kepada pilihan raya dan bukan pemilihan parti agar sebarang usaha mensabotaj dapat diketepikan, sekali gus hanya fokus kepada agenda parti," katanya.

Sarjan dipecat dapat RM70,000


Mohamad Solleh berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam sambil ditemani anaknya.


KUANTAN - Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.


Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim berkata, tuduhan pendakwaan yang dibuat terhadap Mohamad Solleh disifatkan sebagai cacat atau tidak lengkap kerana dalam kertas pertuduhan tidak dinyatakan tarikh Mohamad Solleh melakukan kesalahan itu.
"Alasan tersebut nyata tidak setimpal dengan tindakan dibuang kerja yang dikenakan terhadap Mohamad Solleh.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan tindakan dibuang kerja itu tidak sah dan dia boleh bekerja semula termasuk menerima semua tunggakan gaji sepanjang tempoh itu," kata beliau.

Selamat Datang Ke Melaka! Melaka River Cruise... Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Malam Hari!

@p/s ok malam ni aku kongsikan sebuah blog yang sangat menarik. buat aku nak share dengan anda semua kerana gambar2 yg diambil di blog ini sungguh natural dan "look good". tergambar keceriaan di muka semua kan...hehehe

ok kalau anda belum datang sini lagi datanglah dan bawak anak2 & keluarga sekali....pasti tidak menghampakan dan bila anda balik ke rumah halaman masing2 pasti lawatan anda ke sini menjadi satu nostalgia yang manis bersama tersayang!

henjoy...

dibawah adalah petikan blog malam ini ya...
Lepas makan Asam Pedas Power yg ternyata powernya hanya pada tahap kepedasannyer... we ollzz semua decide nak naik cruise! memang kami saja memilih nak pegi naik cruise yg menyusuri sungai melaka di kala malam hari sbbnya kalau lah disiang hari sungai melaka itu kelihatan seperti Sungai Venice di Italy... rasanyer mau jugak menikmati permandangan disiang hari.. tapi apakan daya.. air sungai melaka yg sesungguhnya berwarna begitu keruh yg mana sudah hampir menyamai warna air teh tarik di kedai mamak... maka adelah lebih baik membuangkan duit bagi permandangan yg indah di waktu malam hari yg mana cahaya berwarna warni yg menyelubungi sekitar kawasan river cruise tersebut....

Dengan harga RM10 bagi org dewasa dan RM5 bagi kanak2...     


DSC_0423 copy
maka anda boleh menikmati permandangan yg indah di waktu malam sepanjang berada di dlm boat cruise yg menyusuri sungai melaka ini...


DSC_0322 copy
sempat gedikss2 santai dulu sebelum naik boat!


DSC_0437 copy
belakang kiteorg tu hotel rasanyer hotel yg paling mahal di sekitar bandar melaka kot! Hotel Casa Del Rio!


DSC_0331 copy
ok dah jom kite naik cruise!


DSC_0332 copy
sapa yg paling eksited?


DSC_0334 copy
AwienRudy...


DSC_0373 copy
LeeZaaAirisyDarwisy...


DSC_0335 copy
my photographer pun kene ade gambo kenangan!


DSC_0337 copy
ok lah.. boat dah nak mulakan perjalanan nie...


DSC_0341 copy
korang layann kan jerk lah gambar2 yg sempat di captured sepanjang kami berCruise dibawah ini yer!


DSC_0329 copy
Kincir Air!


DSC_0343 copy



DSC_0350 copy



DSC_0352 copy



DSC_0347 copy



DSC_0354 copy



DSC_0356 copy



DSC_0357 copy
Dalam banyak2 jambatan yg aku jumpa.. jambatan nie yg paling lawa sekali dekorasi nya!


DSC_0359 copy
Jambatan Hang Tuah!


DSC_0360 copy
suker pada lampu yg berwarna warni itu..


DSC_0361 copy



DSC_0363 copy
another jambatan yg agak cantik!


DSC_0365 copy
Peringatan: sapa2 yg duduk di bahagian tepi boat.. memang boleh menjadik mangsa kebasahan air sungai yg berwarna kopi susu nie.. nak2 biler air berkocak sebegini! Yess! saya nak mengaku yg saya dah pun terkena simbahan air yg boleh dikatakan tercemar ini!  sbb memang bauuu nya tak yah ckp lah.. memang naikk jugak kadangkala bauu 'wangi' air sungai nie... then nampak jugak ngan mata kepala sendiri yg mana ade kedai2 yg membuang sisa kumbahan direct ke dalam sungai nie.. eerrrmmm.. malas lah nak kondem lagi.. cuma nak ckp satu jerk... kalau nak buat tarikan pelancongan.. buat lah bersungguh-sungguh.. jgn sekadar melepaskan batok ditangga! maluu betoi rasanyer ngan pelancong luar negara!


DSC_0367 copy



DSC_0369 copy
tak aku nafikan yg cruise nie menarik diwaktu malam! lampu2 yg menyinari disepanjang laluan cruise nie sangat cantik!


DSC_0371 copy
dah sampai ke penghujung cruise.. disini boat akan berpatah balik!


DSC_0374 copy
suker gak melihat pada kawasan perkampungan org melaka yg original nie..


DSC_0379 copy
katanyer rumah2 kampung disini di ubahsuai bagi merealisasikan project cruise nie!


DSC_0383 copy
seriously memang meriah giler kawasan kampung nie.. rumah2 diaorg semuanyer bercahaya dan terang benderang...


DSC_0386 copy
masjid di kawasan perkampungan..


DSC_0390 copy
memang cantik rumah2 yg dah diubah suai nie.. suker aku tengok! nampak sangatt klasik dan traditional!


DSC_0395 copy



DSC_0405 copy
lebih kurang kat area sini lah aku ternampak satu pencemaran sungai berlaku.. uhuhu...


DSC_0416 copy
ok.. dah abis dah cruise kami...


DSC_0427 copy
seronott walaupun 'bermandian' air sungai melaka! *ngek baik ko ngaku yg ko pun terkena sama! :p*


DSC_0428 copy
Ternampak beca yg cantik pulak kat jetty cruise nie!


DSC_0440 copy
en. teman bermain dengan teknik!


DSC_0431 copy
Bergambar kenangan secara berjemaah... Owhh! memang en. teman sabotaj aku kekdahnya! takpe lah sekali sekala gonjeng nyorok.. yg pasti gonjeng ade jerk kat dlm gambo nie! :p

@
http://neenaanuar.blogspot.com

setelah penat bersantai dan bersiar2 di Melaka, apa lagi yg anda perlu lakukan? ya...kena beli cenderahati utk dibawa balik buat kenang2an.. so jgn lupa singgah di Cardova Creative di dataran pahlawan, beratus koleksi barangan kraftangan dan cenderahati ada dijual di sini.


bagi yg perlukan homestay singgah sini, tak jauh dari bandar melaka...

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...