Wednesday, October 19, 2011

Tiga sindiket tipu RM1.9 juta tumpas




IPOH – Polis Perak menumpaskan tiga sindiket membabitkan penipuan wang melalui Internet, penipuan bomoh Cina dan kes penipuan antarabangsa ‘Macau Scam’ yang melibatkan kerugian RM1.9 juta kepada mangsa di negeri itu.
Dalam kes pertama, polis menumpaskan sindiket penipuan wang melalui Internet yang didalangi warga Afrika dengan tertangkapnya 15 ahli kumpulan penjenayah itu di Selangor baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan (gambar) berkata, kumpulan itu mula beroperasi awal tahun ini dan terlibat dalam 44 kes dilaporkan di Perak dengan kerugian berjumlah RM847,149.
“Mereka yang ditangkap masing-masing 12 lelaki Nigeria, dua wanita tempatan dan seorang wanita Singapura yang kesemuanya berusia 30 hingga 40 tahun,” kata beliau pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di sini semalam.
Kesemua suspek ditahan minggu lalu di Selangor dan masih direman.
Shukri menjelaskan, modus operandi sindiket itu adalah dengan berkenalan dengan mangsa wanita tempatan melalui laman sosial seperti Facebook, tagged.com. dan selepas persahabatan terjalin, sindiket memaklumkan mangsa akan dikirimkan bungkusan yang mengandungi wang tunai atau barangan kemas.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...