Wednesday, October 19, 2011

Dalam Diam, Rashidi Ishak Kini Pemegang Ijazah Dalam Bidang Komunikasi




Ini’lah contoh terbaik diam diam berisi. Kami yang ketinggalan kereta api atau Rashidi Ishak memang pandai menjadi selebriti yang suka terbang rendah dalam radar wartawan hiburan.
Seorang rakan kami memberitahu yang beliau ternampak gambar Rashidi Ishak bersama isteri tercinta, Vanidah Imran di’majlis graduasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut maklumat ringkas yang datang bersama gambar ini di Utusan Malaysia, Rashidi Ishak menerima Ijazah Sarjana Muda Media & Komunikasi ketika Majlis Konvokesyen ke-35 UPM yang berlangsung hari ini.
Itu sahaja maklumat yang boleh kami sampaikan untuk anda semua ketika ini tetapi dengar khabar, Vanidah Imran juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama.
UPDATE-1: Ikuti laporan penuh tentang kegigihan Rashidi Ishak dalam melanjutkan pelajaran — Rashidi Ishak Dapat Ijazah Selepas Tujuh Tahun.
Tahniah buat Rashidi Ishak atas kejayaan beliau menerima ijazah yang di’idam idamkan dan buat Vanidah Imran, jika berita ini benar selamat berusaha untuk exam anda. Heh.
@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...