Sunday, September 4, 2011

Jerman pasukan pertama layak





GELSENKIRCHEN, Jerman – Jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas skuad bimbingannya itu menjadi pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012.
Jerman mengesahkan slot ke Poland-Ukraine selepas mencatat kemenangan 6-2 ke atas Austria awal pagi semalam.
Kemenangan itu adalah yang kelapan berturut-turut, sekali gus membolehkan skuad bimbingan memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan mengumpul 24 mata, 11 mata di depan Turki.
“Kami telah melayakkan diri ke pusingan awal tanpa mempersia-siakan peluang,” kata Loew yang akan berkunjung ke Poland untuk menghadapi satu aksi persahabatan esok.

LOEW (tiga dari kiri) tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas Jerman menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2012.


Jerman akan melengkapkan saingan dalam Kumpulan A bertemu Belgium dan Turki pada aksi kelayakan bulan depan.
“Kami perlu memberi tumpuan pada beberapa perlawanan selepas ini.
“Kami menjaringkan banyak gol dalam aksi kelayakan dan kurang dibolosi.
“Tetapi jika kamu melancarkan serangan seperti mana yang kami lakukan, kamu boleh terima hakikat bahawa kamu tidak akan dibolosi banyak gol.
“Kami memboloskan dua gol pada perlawanan ini tetapi saya fikir kami hanya memberikan Austria dua peluang itu. Tetapi saya hanya memberi fokus pada jaringan yang kami lakukan.
“Itu adalah falsafah kami untuk melancarkan serangan dan kami bekerja keras setiap masa untuk memastikan pasukan ini berada pada situasi terbaik.
“Ini adalah cara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi antara pasukan terbaik di dunia.”
Pada perlawanan tersebut, tuan rumah mendahului dengan 3-0 selepas bermain 28 minit hasil jaringan Miroslav Klose, Mesut Ozil and Lukas Podolski.
Dua gol Austria diperoleh menerusi Marko Arnautovic dan Martin Harnik sebelum Ozil, Andre Schurrle serta Mario Gotze melengkapkan kemenangan besar Jerman.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...