Tuesday, May 24, 2011

Pak Lah Resort, Pulai, Melaka

PAK LAH RESORT DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!

Pak Lah Resort adalah sebuah resort yang baru sahaja dibina di Kampong Pulai, Melaka dan telah mula beroperasi semenjak bulan Mac 2011 yang lalu. Dibina oleh syarikat pembinaan Smartwork Renovation Enterprise yang diterajui oleh Puan Nor Aishah bersama suaminya. Semenjak dibuka kepada orang ramai, Pak Lah Resort telah mula dikenali dan menjadi bahan sebutan kerana keunikan pembinaan, rekacipta banggunan moden yang diselitkan dengan unsur tradisional kayu kayan menjadikan Pak Lah Resort lebih santai namun tetap tersergam indah di dalam kelasnya tersendiri. Terdapat 2 Blok yang menempatkan 8 bilik kesemuanya dengan kemudahan asas yang lengkap.




TERSERGAM INDAH DAN MENDAMAIKAN

Dibina di dalam kawasan yang luas, amat sesuai untuk para pengunjung yang ingin mengadakan majlis-majlis keluarga, persahabatan, jamuan makan malam, majlis harijadi dan lain-lain. Para tetamu tidak perlu risau tentang ruang "parking" kenderaan kerana sememangnya pihak pengurusan Pak Lah Resort telah menyediakan ruang yang luas dan terjamin lebih selamat kerana ianya terletak di dalam kawasan resort dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan yang berpengalaman.

...peaceful environment..

feel the town's modernization, with heritage surroundings..



SERVICES & ACTIVITIES



*THE FAMOUS MEDAN IKAN BAKAR

* FISHING

*BBQ AREA

* FAMILY DAY

* BREAKFAST (UPON REQUEST)

* GAMES & ACTIVITIES (UPON REQUEST)

* WIDE YARD FOR OWN ACTIVITIES

* MALACCA TOUR PACKAGE



INFO:-



* 5 MINS TO MEDAN IKAN BAKAR

* 2 HOURS FROM KLIA

* 1.5 HOURS FROM KL

* 20 MINS TO THE HISTORICAL MALACCA TOWN



Lokasi kami berdekatan dengan pulau terkenal di Melaka- Pulau Besar! 

Kawasan Pelancongan Berhampiran Menarik Untuk Dikunjungi Di Merlimau...

Pusat Ikan Bakar Popular Di Umbai, Serkam, Anjung Batu, Pulai..

Bagi Peminat Pancing Pak Lah Resort Berdekatan Dengan Kelong Abu!
PEJABAT DAN PENGURUSAN

Puan Nor Aishah dan suami bersama menguruskan Pak Lah Resort ini di samping perniagaan utama beliau di dalam bidang pembinaan di negeri Melaka ini. Komited untuk memberikan terbaek kepada para pelanggannya! Untuk membuat tempahan bilik anda boleh terus menghubungi Puan Nor Aishah, info lanjut adalah seperti di bawah:-

Alamat : Lot 1348, Jalan Haji Sharif, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Hotline: 013- 661 3100/ 013- 623 1999


FAMILY ROOM

FAMILY ROOM:-
QUEEN + SINGLE  RM120 (WEEKDAY)/ RM150 (WEEKEND)


DELUXE ROOM


DELUXE ROOM:-
QUEEN + SINGLE  RM100 (WEEKDAY)/ RM120 (WEEKEND)



TEMPAH BILIK ANDA HARI INI!


Alamat : Lot 1348, Jalan Haji Sharif, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Hotline: 013- 661 3100/ 013- 623 1999
Emel: paklah_resort@yahoo.com
Our Photo Gallery...

ADD PAK LAH RESORT FACEBOOK!

Monday, May 23, 2011

Seribu D Enterprise

SERIBU D ENTERPRISE
Di atas adalah antara produk-produk yang dikeluarkan oleh kilang Kak Zee di Tampin, Alor Gajah, Melaka.

Pengurusan & Staff yang berdedikasi dan komited.


Kilang Puan Fauziah atau Kak Zee ini terletak di Tampin, Alor Gajah, Melaka telah beroperasi selama 3 tahun. Kilang yang diusahakan beliau adalah sebuah kilang yang memfokuskan kepada pengeluaran produk-produk makanan harian yang diperlukan dalam masakan setiap isi rumah. Antara produk-produk nya adalah seperti berikut:-

1) Belacan Kampong
2) Belacan Bakar
3) Bawang Goreng
4) Cincalok
5) Serunding Ikan Bilis
6) Ikan Bilis
7) Perencah Asam Pedas (Ramuan Asli)
8) Cili Giling (Boh)
9) Tauhu Kering dan lain-lain 

Dengan kegigihan dan kesabaran Kak Gee mengusahakan kilang ini, hanya dari satu produk utama iaitu memproses belacan sekarang ini terdapat produk-produk sampingan lain yang diusahakan beliau. Sambutan terhadap jenama produk beliau My Chef dan Sure Best sangat menggalakkan dan sekarang ini terdapat ramai pengedar-pengedar di seluruh negara termasuklah negara Singapura. Dan sekarang ini Kak Zee dalam usaha memperbesarkan operasi kilang nya itu menawarkan sesiapa sahaja individu atau perniagaan di tanahair kita ini termasuk Sabah & Sarawak untuk menjadi pengedar kepada produk-produk keluarannya iaitu jenama My Chef dan Sure Best. Yang berminat bolehlah hubungi Kak Zee terus. Info kilang adalah seperti di bawah:-

Nama Syarikat : Seribu D Enterprise (MA0129209-P)
Alamat: Lot 1, Kwsn IKS Pulau Sebang, Alor Gajah (Tampin Post), 78000, Melaka.
No Tel: Puan Fauziah @ Kak Zee 012-677 7962/ 016- 660 6057


Produk Utama: Belacan Kampong & Belacan Bakar
Produk utama syarikat/ kilang ini adalah belacan kampong dan belacan bakar, memang sudah terkenal di seluruh negeri Melaka terutama di kawasan Tampin dan Alor Gajah Melaka ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah tulen tanpa menggunakan bahan pengawet, bahan pewarna tiruan dan bahan kimia. Kebersihan dalam proses pembuatan diuatamakan.Anda semua boleh melawat kilang Kak Zee ini untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan kampong dan bakar ini secara "live". Dan yang paling penting produk-produk ini semua dijamin halal kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya adalah bahan-bahan semulajadi. Itu yang penting. Dan ianya amat sesuai digunakan oleh setiap isi rumah warga Islam dan juga bagi yang bukan Islam. Bagi menjamin kebersihan produk belacan sebuah oven pembakar yang diletakkan dalam bilik khas digunakan bagi mengelakkan sebarang habuk dan juga kotoran asing dari bercampor  ke dalam bahan-bahan pembuatan. Dengan suhu tertentu, ramuan serta resipi asli tersendiri belacan My Chef ini mengeluarkan aroma yang sedap, lazat dan menyelerakan. Tanpa menggunakan bahan awet atau pewarna, belacan keluaran Kak Zee ini menghasilkan warna asli yang lebih ranggup.


Bagi menjamin kebersihan produk belacan sebuah oven pembakar yang diletakkan dalam bilik khas digunakan bagi mengelakkan sebarang habuk dan juga kotoran asing dari bercampor  ke dalam bahan-bahan pembuatan. Dengan suhu tertentu, ramuan serta resipi asli tersendiri belacan My Chef ini mengeluarkan aroma yang sedap, lazat dan menyelerakan. Tanpa menggunakan bahan awet atau pewarna, belacan keluaran Kak Zee ini menghasilkan warna asli yang lebih ranggup.
 
Bahan-bahan pembuatan belacan disimpan dalam tong/tangki khas dan dijaga rapi supaya terhindar dari sebarang kotoran asing. Ianya memerlukan keadaan suhu bilik yang stabil. Dari bahan-bahan ini belacan-belacan akan dibentuk/ dicetak dengan cetakan tertentu mengikut citarasa sama ada berbentuk bulat atau empat segi besar atau kecil.


PRODUK KEDUA- BAWANG GORENG ASLI
Di atas sambutan yang diberikan oleh pelanggan selurun negara, kilang ini telah menghasilkan pelbagai produk-produk sampingan seperti bawang goreng, tauhu kering, cencalok, ikan bilis dan lain-lain mengikut permintaan. Salah satu produk yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan adalah bawang goreng. Di sini keutamaan yang dititik-beratkan oleh Kak Zee adalah bahan-bahan asas yang digunakan terdiri daripada yang asli sahaja tanpa bahan-bahan kimia. Bawang-bawang jenis terpilih dan yang segar sahaja yang digunakan dalam pembuatannya. Dan sebab itu bawang goreng keluaran kilang Kak Zee berjenama Sure Best sangat wangi dan manis dalam masakan.




BELI DAN SOKONGLAH PRODUK-PRODUK MUSLIM!

INGAT MY CHEF, INGAT SURE BEST!




PENGEDAR SELURUH NEGARA, BRUNEI DAN SINGAPURA DIKEHENDAKI!


Nama Syarikat : Seribu D Enterprise (MA0129209-P)
Alamat: Lot 1, Kwsn IKS Pulau Sebang, Alor Gajah (Tampin Post), 78000, Melaka.
No Tel: Puan Fauziah @ Kak Zee 012-677 7962/ 016- 660 6057

Jawatan Kosong! Kami Memerlukan Pekerja Di Bahagian Pengeluaran Dengan Segera. Tidak Perlukan Pengalaman! Suami Isteri DiGalakkan Memohon! Sila Datang Ke Kilang Kami!


Add Facebook Kami!


Saturday, May 14, 2011

Kelong Abu, Pulai, Melaka





Kelong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelong.
Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan MalaysiaFilipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat.
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
Dalam bahasa pasar Singlish yang ditutur di Singapura, perkataan "kelong" membawa maksud perbuatan mengatur perlawanan di kalangan pengadil, khususnya dalam perlawanan bola sepak.
sumber: wikipedia

Dan sekarang ini kita lihat terdapat banyak kelong dipersisiran Lautan Cina Selatan dan juga Selat Melaka. Di negeri Melaka sendiri
terdapat banyak kelong yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Contohnya kelong yang diusahakan oleh sdr Abu yang terletak
di Pulai, Melaka. Beliau telah mengusahakannya selama 2 tahun, dan dari sebuah kelong beliau telah berjaya membina 2 buah kelong lagi
di kawasan yang sama.

Sekiranya anda berminat utk memancing di sini, di bawah kami sertakan info Kelong Abu untuk anda semua..

Alamat : Km 16, Jalan Pantai Siring, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Kemudahan : 1) Bilik Tidor 2) Dapor Masak 3) Tandas
Harga Sewaan: (Sila hubungi Sdr Abu)
Kami Juga Menyediakan Sewaan Sehari (24jam)  
Anda perlu BOOKING terlebih dahulu!
Perkhidmatan kami : Penghantaran pergi dan balik (dari pantai siring ke kelong) adalah percuma!

Hubungi Sdr Abu hari ini sekiranya anda berminat!
Hotline : 012- 243 3197/ 016- 249 8578
Harga : RM 30.00/ seorang




Ramai peminat pancing yang telah ke sini dan saya yg mengikuti beliau ke kelong tersebut yang jaraknya dari Pantai Siring
(Kampong Nelayan) hanya 1 km (5-8 minit perjalanan) amat teruja dengan persekitaran di situ. Amat mendamaikan jiwa dan sekiranya
anda mahukan ketenangan semasa memancing memang kami rekomen kan anda ke sini.



Jarak dari Pantai Siring ke Kelong Abu hanya 5-8 minit sahaja..


Rakan media uji kelong (Sumber Berita Harian)


SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
KEWUJUDAN sebuah kelong memancing terbaru di Kampung Sempang Pantai, di Merlimau, Melaka, pantas menarik minat kaki pancing untuk mencuba lubuk terbaru itu.

Penulis bersama 20 rakan media di Melaka baru-baru ini berpeluang mencuba nasib di kelong yang dikenali sebagai pelantar memancing Kumpulan Komuniti Pengurusan Perikanan Persatuan Nelayan (KKPPN) yang dibuka secara rasmi November lalu. Kelong yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandaraya Melaka kini menjadi tarikan terbaru untuk kaki pancing seluruh negara mencuba khazanah laut di situ.

Terletak di berhampiran kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di kampung berkenaan, pelaburan sebanyak RM40,000 untuk membina kelong berkenaan jelas pelaburan bijak kerana sehingga kini, pengusahanya menerima terlalu banyak tempahan untuk memancing di situ. 

Penulis ketika diundang pada majlis Memancing Bersama Media baru-baru ini turut teruja apabila mendaratkan pelbagai spesies termasuk pari sepanjang malam. 

Meskipun tidak berjaya menawan ikan gred mahal seperti jenahak atau kerapu, namun kepuasan tetap dirasakan oleh semua peserta kerana kelong berkenaan turut menyediakan dapur membakar ikan selain kemudahan bilik solat dan bilik penginapan untuk keluarga kecil. 

Program Memancing bersama Media Melaka yang berlangsung pada jam 10 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali. 
Penulis sendiri kini lebih yakin untuk memancing di situ kerana daripada perbualan bersama rakan yang lebih berpengalaman, mereka mengesyorkan waktu sesuai memancing di kelong berkenaan ialah ketika air pasang kerana jumlah tangkapan pasti lebih lumayan

Dan utk kaki pancing blog mypancing ini adalah sebuah blog yang sangat menarik untuk anda ikuti. terus ke blog!
 
Cuaca yang cantik dan saya bersama gerut2..


 
rakan2 sedang bersantai sambil menunggu tarikan dari bawah

 
Ewak@organizer menyediakan jemput2 udang..mmg sedap

 
ottai sedang siang ikan utk lauk malam dan aizat bersama gerut2


 
Masakan ewak memang sedap.. kari india senangin dan gerut2

 
Kari yang nyaris buat saya muntah kekenyangan..hehe

 
aizat dan ikan yang meragut jorannya..

 
saya bergambar dengan kurau untuk kenangan..

 
Antara hasil 3 hari 2 malam sebanyak 6 tong..

 
Duri je dah 3 tong..

 
Bergambar kenangan sebelum mengeteh dan pulang..


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan2 yang sudi membaca setiap pengalaman yang masih junior ditengah laut yang terbentang luas.. Lihat gambar2 yang sempat saya update dan storynya sedang diproses.. maklum la sibuk sikit ;)

ANTARA FORUM-FORUM PANCING YANG AKTIF TANAHAIR 1) PANCING.NET  2) KAKIPANCING.NET 3) 10 blog pancing popular pilihan!

Perkhidmatan Membina Dan Membaik Pulih Bot-Bot Fibre Glass:-

Sdr Abu juga ada menyediakan perkhidmatan membaik pulih bot-bot fibre glass. Harga boleh runding, anda hanya perlu hubungi kami sahaja!



Alamat : Km 16, Jalan Pantai Siring, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Kemudahan : 1) Bilik Tidor 2) Dapor Masak 3) Tandas
Harga Sewaan:  (Sila Hubungi Sdr Abu)
Kami Juga Menyediakan Sewaan Sehari (24jam)
Anda perlu BOOKING terlebih dahulu!
Perkhidmatan kami : Penghantaran pergi dan balik (dari pantai siring ke kelong) adalah percuma!

Hubungi Sdr Abu hari ini sekiranya anda berminat!
Hotline : 012- 243 3197/ 016- 249 8578
Harga : RM 30.00/ seorang

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...